E-Learning
Definasi ‘e-learning’ atau electonic
learning ini seringkali berubah-ubah selaras dengan
kemajuan teknologi pada masa kini. Ia
juga seringkali di salah tafsikan dalam iklan-iklan promosi
pendidikan. Secara umumnya, ‘e-learning’
adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan rangkaian elektronik
(LAN,WAN atau internet) untuk menyampaian isi kandungan,
interaksi atau pemudahcaraan. Internet,
Intranet, satelit, tape audio/ video, TV interaktif dan CD ROM
adalah sebahagian media elektronik yang
dimaksudkan di dalam kategori ini.
Pengajaran boleh dijalankan secara ‘synchronously’
(pada waktu yang sama) atau
‘asynchronously’ (pada waktu
yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran boleh
disampaikan melalui media ini mempunyai
ciri-ciri multimedia seperti teks, grafik, animasi, simulasi,
audio dan video. Ia juga harus
menyediakan kemudahan untuk ‘discussion group’ serta membolehkan
bimbingan dijalankan dalam talian ‘on line’ (Learnframe,
2001)
PERKEMBANGAN ‘E-LEARNING
Perkembangan ‘e-learning’
di Malaysia masih baru jika dibandingkan dengan negara-negara
barat dan Singapura.
Di Malaysia ianya terarah kepada pembelajaran jarak jauh dan ‘on-line’ yang
kebanyakannya
ditawarkan di peringkat universiti serta kolej swasta yang mempunyai usahasama
dengan universiti luar
negara dimana yuran yang dikenakan agak mahal dan tinggi.
Di Singapura, ‘e-learning’
sudah berkembang dalam bentuk idea membangun ‘on line
repository’ yang membantu industri
pendidikan di negara tersebut untuk membentuk kursus-kursus ‘elearning’
yang baru atau ‘new
learning parts’ yang memungkinkan kerja-kerja pengeditan secara
segera dan on-line.
Menurut Prof. Denial Tan dari NTU Singapura, 2003. Beliau menyatakan bahawa:
‘There’s a lot in
common among the tertiary instituions as far as education content is
concerned. The content
can be broken down into common learning objects which
may be an equation, an
image, a diagram or full lesson and then recompiled into new
lesson or course. This
possible only if the educational material has been digitised and
made available in
digital libraries. This way, educational bodies will be able t access2
them to create new
learning parts which can be edited on the fly to keep them updated’.
Kita ketahui bahawa
agenda IT Kebangsaan (NITA) telah dilancarkan pada Disember 1996
oleh ‘National IT
Council (NITC) yang dipengerusikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad,
mantan
Perdana Menteri
Malaysia. NITA memberikan garis panduan bagaimana teknologi maklumat dan
komunikasi, ICT dapat
digunakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju selaraskan
dengan Wawasan 2020
(NITC, 2001).
Infrastruktur pembelajaran dengan E-learning Ilmu pendidikan
perangkat infrastruktur elearning sebagai berikut;
- Sistem dan Aplikasi E-learning Ilmu pendidikan: Sistem perangkat lunak e-learning adalah sistem yang mem-virtualisasi proses belajar mengajar konvensional. Virtualisasi ini seperti Bagaimana manajemen kelas, pembuatan materi atau konten, forum diskusi, Group Diskusi, sistem penilaian, sistem ujian online dan beberapa fitur yang berkaitan dengan manajemen belajar seperti penyetoran tugas dan akses tentang informasi tugas yangditerima termasuk nilai yang diperoleh.
- Konten E-learning Ilmu pendidikan: Konten dan bahan ajar yang ada pada E-learning Ilmu pendidikan adalah system yang menyediakan manajemen sistem yang memuat Konten dan bahan ajar dalam bentuk Multimedia-based Content (konten berbentuk multimedia interaktif) atau Text-based Content (konten berbentuk teks seperti pada buku pelajaran biasa), yang tersimpan dalam arcives web.
PERBEDAAN ANTARA
PEMBELAJARAN TRADISIONAL DAN ‘E-LEARNING
Di dalam kelas tradisional,
suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap
sebagai orang yang serba tahu untuk
menyalurkan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Terpulang
kepada guru sama ada menggunakan ‘konsep
suap’, ‘tipu sunat’ atau pelbagai teori yang telah
dipelajari dahulu seperti behaviourisme,
kontruktivitisme dan teori kecerdasan pelbagai. Modul
pengajaran hanya bergantung kepada buku
teks dan pengetahuan pelajar terbatas setakat
kandungan dalam buku teks sahaja.
Selain itu, sekiranya pelajar tidak
faham di dalam kelas dan malu bertanya maka pelajar
tersebut akan kekal tidak memahami isi
pelajaran yang diajar. Perhatian guru kurang dapat diberikan
secara induvidu kerana bilangan pelajar
yang ramai di dalam kelas. Jika kelas dipecahkan, bilangan
guru perlu ditambah. Penyampaian isi
pelajaran bergantung kepada guru untuk mewujudkan
persekitaran belajar yang menarik dan
menyeronokkn. Pengajaran & pembelajaran hanya dijalankan
secara formal iaitu di dalam bilik
darjah.
Di dalam pembelajaran ‘e-learning’
fokus utamanya adalah pelajar. Suasana pembelajaran
‘e-learning’ akan memaksa pelajar
menjadi berdikari dan lebih aktif dalam pembelajarannya kerana
perancangan pelajaran dilakukan oleh
pelajar itu sendiri. Pelajar membuat perancangan dan mencari
maklumat dengan daya usaha dan
inisiatif sendiri.
Pencarian maklumat tidak terbatas dan
terkini kerana bahan pengajaran boleh dipilih sendiri
oleh pelajar sama ada dirasakan sesuai
atau tidak. Pelajar tidak perlu rasa malu untuk mengulangi
tajuk pembelajaran yang sama untuk
mencapai tahap kepuasan pemahaman mereka sebelum beralih
ke tajuk pelajaran yang lain. Selain
itu, masa lebih fleksibel dan kurang tekanan kerana ianya boleh
dilakukan di mana sahaja asalkan ada
kemudahan komputer dan internet.
Strategi Perlaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran ‘E-Learning’
Empat model dicadangkan untuk
perlaksanaan ‘e-learning’ di sekolah-sekolah di Malaysia.
Sila rujuk di Lampiran 1. Setiap
model yang dicadangkan di bawah mempunyai kelebihan dan
kelemahan masing-masing. Pemilihan
begantung kepada infrastruktur telekomunikasi dan
perkakasan yang sedia ada di sekolah.
Model-model tersebut ialah:
1. Selective Model
Jika bilangan komputer sangat terhad,
jika bahan ‘e-learning’ yang berkualiti , ia dapat
ditunjukkan kepada pelajar sebagai
bahan demontrasi sahaja. . Jika ada beberapa komputer ,
pelajar diberi peluang untuk mendapat
sedikit pengalaman ‘hands-on’.
2. Sequential Model
Jika bilangan komputer sedikit. Pelajar
dalam kumpulan kecil bergerak dari satu set sumber
maklumat ke sumber yang lain. Bahan ‘e-learning’
digunakan sebagai bahan rujukan atau
dapatkan maklumat baru. Jika ada
beberapa komputer , pelajar diberi peluang untuk
mendapat pengalaman ‘hands-on’.
3. Static Station
Model
Jika bilangan komputer sedikit. Guru
mempunyai beberapa sumber berbeza untuk mencapai
objektif pengajaran yang sama. Bahan ‘e-learning’
digunakan oleh beberapa kumpulan
pelajar manakala pelajar lain
menggunakan sumber lain untuk capai objektif pelajaran yang
sama.
4. Laboratory Model
4
Jika bilangan komputer mencukupi untuk
semua pelajar, maka bahan ‘e-learning’ dapat
digunakan oleh semua pelajar sebagai
bahan pengajaran kendiri. Model ini boleh digunakan
jika sekolah mempunyai
makmal komputer yang dilengkapi dengan talian internet.
Kos Bahan /
Infrastruktur
Ia melibatkan kos yang tinggi sama ada
untuk infrastruktur telekomunikasi, perkakasan dan
perisian. Kos membaikpulih komputer
yang rosak juga perlu dipertimbangkan. Perisian mestilah yang
asli dan bukan yang dibeli di pasaran
biasa atau pirate installler. Tentulah ia melibatkan kos yang
tinggi kerana satu perisian adalah
untuk satu komputer sahaja. Selain itu, negara kita dikejutkan
tentang isu makmal-makmal komputer yang
belum siap dibina atau yang siap dibina tetapi tidak
selamat diduduki. Ini amat merugikan
dan satu pembaziran kerana pembinaaan makmal komputer ini
melibatkan tender-tender kerajaan.
Selain itu, perkakasan komputer sentiasa berubah (Pentium 4)
kerana tidak mungkin
perisian terkini memakai Pentium 486 atau Pentium 2.
CADANGAN DAN
PENYELESAIAN ‘E-LEARNING’
Terdapat empat cadangan dan beberapa
pecahan di dalamnya. Antaranya
ialah:
1. Penghasilan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang baik dan berkesan
a. bahan pembelajaran berpusatkan
komputer
b. Screen design issues
c. Kaedah Penyampaian
d. Kos Bahan
2. Educational Learning Management
System (ELMaS)
3. Program dan NaikTaraf Infrastruktur
4. Sumber dan Alternatif Lain untuk ‘e-learning’
a. bahan percuma’e-learning’ dari
internet
b. Bahan yang dihasilkan oleh KPM
c. Bahan yang dihasilkan oleh pihak
swasta
d. CD ROM dari BTP, PSPJ, BTPN serta
PKG
e. Alternatif lain
bagi sekolah-sekolah
Keuntungan pembelajaran dengan e-Learning Ilmu Pendidikan
Sebagai bentuk pembelajaran jarak jauh, elearning memiliki beberapa keuntungan yang dapat dirasakan di ataranya adalah:- Pebelajar dapat memperoleh bahan belajar atau materi serta soal-soal yang harus diselesaikan
- Pebelajar dapat mengakses dan mengetahui informasi hasil pekerjaan atau nilai yang diperoleh dari setiap tes yang diselesaikan
- Pembelajar dapat belajar dari komputer pribadi dengan memanfaatkan koneksi jaringan lokal ataupun jaringan Internet
- Pebelajar dapat menggunakan media CD/DVD yang telah disipkan.
- Pembelajar bisa mengatur sendiri waktu belajar, dan tempat dari mana ia mengakses pelajaran.
- Jumlah pembelajar yang bisa ikut berpartisipasi dan berinteraksi dalam kegiatan pembelajaran tidak terbatas dengan kapasitas kelas.
- Pebelajar dapat melakukan interaksi secara berkelompok melalui Group yang dapat dibuatsendiri oleh para pebelajar berdasarkan tema atau materi pelajaran.
- Materi pelajaran dapat diketengahkan dengan kualitas yang lebih standar dibandingkan kelas konvensional yang tergantung pada kondisi dari pengajar.
Sumber :
https://elearningpendidikan.com/e-learning-ilmu-pendidikan.html
http://www.slideshare.net/anzcis/artikel-mini-kt
Tidak ada komentar:
Posting Komentar